Wednesday, July 21, 2010

Petua Orang Tua-tua Untuk Jadi Cantik Berseri-Seri

Cubalah amalkan.

1. Menyuburkan Rambut
Kupas beberapa biji buah keras dan ambil isinya. Bakar hingga hangus
dan tumbuk halus. Sapu ke kepala sebelum masuk tidur. Lakukan
selama sebulan dan insyaallah rambut tumbuh lebat serta hitam.

2. Melambatkan Uban
Bakar seketul hati ayam hingga hangus. Campur dua sudu teh yis
dengan dua sudu teh kicap pekat. Peram 15 minit atau hingga yis
serap di hati ayam.Selepas itu terus dimakan. Buat selama empat hari
berturut-turut dan rambut hitam berkilat.

3. Rambut Lembut Halus Ramas daun bunga raya dengan air dan
gosok pada rambut.

4. Menghilang Kelumumur (1)
Rendam sebatang akar sintuk hingga berbuih. Gunakan airnya untuk
membasuh rambut.

5. Mencantikkan Rambut
Tumbuk daun inai hingga lumat. Campur sebiji kuning telur, sebiji
limau nipis dan sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Lumur rata
pada rambut dan biar semalaman. Keesokkannya cuci bersih. Rambut
nampak berkilat,akarnya kuat, subur dan berwarna kemerahan dipanah
cahaya matahari.

6. Rambut Menjadi Hitam p
arut kelapa muda dan embun semalaman. Sapu pada rambut dan bungkus
dengan tuala. Biarkan selama enam jam baru dicuci dengan air
bersih. Lakukan seminggu sekali.

7. Menghilang Kelumumur (2)
Ramas beberapa biji buah mengkudu masak. Tapis airnya dan sapu pada
kulit kepala. Biar setengah jam baru dicuci bersih dengan air
biasa. Selain menghilangkan kelumumur, ia juga boleh melebatkan
rambut.

8. Muka Berseri
Rebus pucuk lengundi. Pucuknya dibuat ulam dan airnya diminum
seperti sup.

9. Menghilangkan Jerawat
Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Tepek pada muka
dan biar kering. Selepas itu dicuci bersih.

10. Wajah Pucat Berseri Semula
Tumbuk ibu kunyit sebesar ibu jari dan perah airnya. Campur seketul
garam kasar, kacau dan terus diminum. Air kunyit tidak boleh diminum
selalu kerana cepat putus haid.

11. Merawat Muka Berminyak
Ramas beberapa helai daun peria dan sapu pada muka setiap malam
sebelum tidur. Buat selama sebulan.

12. Menghilangkan Parut Hitam
Parut ubi kentang atau tumbuk lumat. Tempek pada parut hitam.
Lakukan selama sebulan.

13. Wajah Licin Berseri
Basuh beras dan tos airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus.
Tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Bila hendak
digunakan, ambil sedikit dan campur dengan air limau nipis. Gosok
pada muka dan biar kering. Setelah itu cuci bersih.

14. Merawat Jerawat
Rendam teh dan embun semalaman. Pagi esoknya cuci muka dengan air
teh tersebut. Wajah berasa segar dan bersih.

15. Menghilangkan Parut Di Muka
Asah kulit kayu manis di permukaan kasar seperti batu giling atau
batu tumbuk. Sambil itu celup di dalam air. Ambil serbuknya dan
sapu pada parut. Lakukan sekerap mungkin.

16. Bibir Merah
Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning
telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat
menjadi merah seperti delima merkah.

17. Melicinkan Wajah
Basuh daun pegaga hingga bersih. Tumbuk lumat. Campur dengan bedak
sejuk,gentel dan jemur hingga kering. Jadikan bedak sejuk dan sapu
pada muka.

18. Kulit Halus
Goreng beras pulut hingga keperangan. Tumbuk halus dan ayak. Gosok
pada badan setiap kali mandi dan bilas dengan air bersih.

19. Bulu Betis Lebat
Tumbuk beberapa helai daun cili padi dan campur dengan kapur sirih.
Sental pada betis setiap kali mandi. Betis menjadi licin tanpa bulu.

20. Menghilang Bulu Ketiak
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus.
Campur sedikit minyak tanah. Sapu pada ketiak. Bulu ketiak akan
hilang setelah beberapa kali sapu saja.

'SELAMAT MENCUBA!'

No comments:

Post a Comment