Wednesday, July 21, 2010

Cara Merawat Kaki

Jika penjagaan muka diberi keutamaan paling utama apabila ingin menjadi cantik, kaki cenderung diabaikan walau ia aspek yang tidak kurang penting di dalam perawatan kecantikan.

Kaki indah dan cantik dilihat jika kulitnya kelihatan mulus tanpa sisik kering dan tompokan parut kecil. Atas faktor itu, wujud pelbagai rawatan khusus untuk kaki antaranya spa kaku serta manicure dan pedicure.

Namun, jika anda gemar memanjakan diri di rumah, luangkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk melakukan spa kaki menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati di dapur anda.

1. Kaki lembut dan wangi
Memakai kasut kulit bertutup boleh menyebabkan kaki berbau. Lebih teruk jika ia dibiar lembap, kaki boleh ditumbuhi kulat lantas membuatkan anda terasa tidak selesa.

Memiliki kaki lembut dan wangi tidak sukar jika anda rajin merawatnya.

Bahan:
1 cawan jus lemon
2 sudu makan minyak zaitun
1/4 cawan susu
Air secukupnya

Serpihan kelopak mawar atau kayu manis (untuk aroma)

Cara:

Campurkan semuanya di dalam besen sederhana besar. Masukkan kedua kaki (separas betis) selama sepuluh minit, kemudian keringkan kaki dan bilas dengan sabun lembut serta air. Lakukan dua kali seminggu selama beberapa minggu sehingga kaki anda terasa lembut.


2. Hilangkan sisik pada kaki

Kaki bersisik boleh menjejaskan penampilan tambah pula jika anda suka bergaya dengan skirt pendek. Ada juga wanita yang mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air putih di dalam jumlah yang cukup namun kulit mereka semula jadi kering.

Justeru, untuk merawat masalah kulit kering, mengkudu atau nama santifiknya Morinda Citrifolia adalah jawapannya.

Cara:

Gosokkan buah mengkudu matang pada bahagian kaki yang bersisik. Lakukan selama lima hingga 10 minit. Bersihkan dengan kain bersih yang direndam air suam.


3. Tumit kaki halus

Di dalam dunia kecantikan, penggunaan garam digunakan secara meluas untuk membantu menghaluskan kulit, menggalakkan pertumbuhan sel sekali gus meremajakan kulit.

Bahan:

1 genggam garam

1 titis minyak aroma seperti serai, halia, limau atau teh hijau

Cara:

Campurkan kedua bahan dan masukkan ke dalam air hangat. Rendam kaki dan gosok bahagian tumit yang kasar dengan sikat halus dan batu apung. Urut bahagian tumit dengan garam untuk membuang kulit kering. Apabila selesai, bilas kaki dengan air dan keringkan sebelum kaki disapu losyen pelembap sesuai jenis kulit.

No comments:

Post a Comment